Kursus Asas Keusahawanan Dalam Talian Siri 1 Giatmara Mambong

15 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2019 & 14 Mac 2019 yang lepas telah diadakan Kursus asas keusahawanan dalam talian siri 1 Giatmara Mambong dengan kerjasama Pusat Internet PPR Batu Gong yang diadakan di Pusat Internet PPR Batu Gong, Siburan. Kursus ini berlangsung selama dua hari yang disertai seramai 40 orang pelajar daripada Giatmara Mambong, Siburan.

Antara modul yang diketengahkan adalah pengenalan kepada usahawan, medium mempromosi perniagaan seperti whatsapp, facebook, Instagram & website, pemasaran efektif melalui emel, dan penggunaan Microsoft office power point dalam mencipta logo perniagaan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali